<link rel="me" href="https://www.blogger.com/profile/03572516968793577004" /> <meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head><body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3712494249368769360\x26blogName\x3dLET+ME+THINK+;\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://bb2008-baby2008.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://bb2008-baby2008.blogspot.com/\x26vt\x3d4822060647866916754', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>




PERMAINAN TRADISIONAL GEREK

ITULAH KAMI


Nama:
Nur Khairah Izzah
& Siti Zubaidah
Sekolah:
Sekolah Menengah Bedok South
Kelas 3E.




MAHU BERTANYA?



Photobucket






YANG LALU

July 2008




MAKLUMAT LANJUT

KARYA: www.karyanet.com.my/
PERPUSTAKAAN: www.ppas.org.my/
Blogger



Sunday, July 20, 2008
Telahpun Zubaidah menerangkan tentang permainan-permainan tradisional kami orang Melayu tetapi saya berasa sedih kerana tidak banyak yang bermain permainan ini semua pada masa kini. Ramai remaja-remaja zaman sekarang sudah lupa sama budaya dan asal usul mereka sendiri. Sebagai seorang remaja, saya rasa ini masalah besar yang amat serius. Kita harus melakukan sesuatu untuk orang-orang kami, terutamanya kanak-kanak kecil dan golongan remaja kami supaya kita tidak melupakan permainan tradisional ini semua yang telah dimain oleh nenek-moyang dan moyang kami. Oleh kerana itu, saya rasa ia lebih seronok jikalau pihak sekolah saya bersetuju dengan idea saya dan Zubaidah untuk mengadakan sebuah kempen untuk menggalakkan golongan remaja bermain permainan tradisional seperti congkak, capteh dah lain-lain lagi. Ataupun, kita boleh mengadakan pertandingan permainan tradisional. Saya harap pihak sekolah saya akan bersetuju dengan cadangan kami. Tambahan pula, jikalau permainan ini semua ditelan masa; saya rasa budaya melayu ini tidak menarik seperti dulu. Saya dengan sepenuh hati mengharapkan kami semua, golongan melayu, tidak kira usia; tidak akan lupa akan budaya kami sendiri.

Sehingga kita berjumpa lagi:)4:29 AM



Saturday, July 12, 2008
Apa itu batu seremban?
PERMAINAN BATU SEREMBAN

Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek yang berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.

CARA BERMAIN


Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

Sehingga kita berjumpa lagi:)6:48 AM




Apa itu gasing?
PERMAINAN GASING

Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.

CARA BERMAIN


Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambulnya direnggut.

Sehingga kita berjumpa lagi:)6:41 AM




Apa itu sepak raga?
PERMAINAN SEPAK RAGA


Permainan sepak raga telah dikenali sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan. Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Tetapi pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.

Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

CARA BERMAIN


Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

Sehingga kita berjumpa lagi:)6:23 AM




Apa itu congkak?
PERMAINAN CONGKAK


Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".

CARA BERMAIN


(a) Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.

(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.

(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.

(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.

(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

Sehingga kita berjumpa lagi:)6:13 AM




Apa itu wau?
PERMAINAN WAU


Permainan wau ini dikenali sebagai layang-layang dan digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Ia juga dimainkan sejak kurun ke 15 dan masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.

Wau dicipta dalam pelbagai bentuk dan mempunyai nama tersendiri seperti wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan, wau sewah dan wau barat. Begitupun wau bulan sangat digemari oleh orang Melayu. Reka corak biasanya bermotifkan awan larat akan menghiasi kebanyakan wau yang dihasilkan dan diwarnakan dengan pelbagai warna. Selain dijadikan bahan permainan, wau juga menjadi hasil kraftangan dan hiasan dinding.

CARA BERMAIN



Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara. Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi kepada wau yang berwarna-warni itu.


Sehingga kita berjumpa lagi:)5:53 AM




kamu tahu?
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Sehingga kita berjumpa lagi:)5:49 AM




Pengenalan
Assalamu'alaikum

harap anda semua sihat-sihat belaka. kami berdua baharu sahaju bermula dengan blog ini. Dan website; www.bb2008-baby2008.blogspot.com hanya mengutamakan tentang permainan tradisional. oleh kerana kami berdua sangat tertarik dengan permainan tradisional budaya melayu , kami dengan segera menyertai pertandingan blog-permainan tradisional yang diberitahu oleh cikgu. Dengan blog ini kami dapat berkongsi informasi dan memberitahu anda semua tentang permainan tradisional yang sungguh menarik. seperti yang diketahui, ramai orang menggunakan internet untuk mencari maklumat. kini kami rasa cara menggunakan blog untuk menyampaikan informasi kepada orang-orang lain terutama sekali orang remaja, akan menjadi lebih senang.

Sehingga kita berjumpa lagi:)5:18 AM



Tuesday, July 1, 2008
HELLO BEDAH ; kau buat skin okay .
byebye love .

Sehingga kita berjumpa lagi:)1:28 AM